Monday, August 8, 2011

Tiga bulan da...

Ai semua.  Dah berbulan tak update blog ni.  Makin malas nampaknya.  Sebelum nak berceloteh, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umah Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia.  Pejam celik, dah masuk bulan Ramadan.  Cepat betul masa berlalu.
Masa?? Memang cepat bergerak.  Rasa baru je sibuk dengan final exam, tapi sekarang sudah jadi penganggur yang berjaya. <berjaya la sangat>.  Sedar tak sedar, sudah masuk tiga bulan duk rilek je kat umah yang terchenta tercinta ni.  Bila difikirkan balik, tak tau apa yang dapat dalam tiga bulan ni.  Cari kerja, dah usaha tapi belum ada rezeki lagi.  Nampaknya, lepas raya ni kena la berhijrah ke negeri yang lebih banyak peluang pekerjaan.  
Dalam tiga bulan ni, apa yang dah dibuat ye.  Kalau buat list senarai pun mesti banyak kepada perkara asas je.  Apa perkara asas tu.  Heheheh.. Makan, tengok tv, tdo.  Banyak difikirkan apa nak buat untuk cari wang saku, tapi semua tak jalan.  Tinggal separuh jalan je.  Nak belajar menjahit, tapi tak start mula satu ape pun.  Yang tinggal hanya rancangan je.  Nak terlibat dengan program affiliate, tapi separuh jalan je setakat ni.  Nampaknya kena cari mentor atau sifu untuk program tu. 
Tiga bulan ni duk umah, memang bosan.  Baru aku tahu macam mana perasaan orang yang menganggur tu.  Memang susah.  Nampaknya lepas raya aku kena bersungguh-sungguh cari rezeki yang halal.  What important is I must take first step to start my life.  

No comments:

Post a Comment