Monday, February 7, 2011

Adikku Dah Kawin..

Salam...
Dah lama tak meng'update' blog ni..busy la katakn..hahah...busy ape ntah cuti smiggu kat umah.
 Tanggal 5 Februari 2011, adalah ari bersejarah adik perempuanku..Rasa tak sangka adikku dah jadi bini orang..Akak dia ni ble la lagi agaknya ye..hehehe...
Majlis kenduri yg diadakan klu tengok dari kedatangan tetamu mmg meriah sangat. Dengan adanya deyjee, lg meriah la majlis tu..Tak sangka mcm ni skali meriahnya majlis ni.Dah lama xde majlis mcm ni dalam kuarga kami.
Adikku pakai tiga persalinan pengantin.  Warna putih, kuning n hijau.  Mmg cantik btl pengantin bru ni. Hantarannye 11 dari pihak lelaki berbalas 13 dari pihak perempuan.  Banyak betul hantarannya. Klu dipikirkn, ape la nak letak ats par tu.


Cantik btl hantaran yang dihias oleh jiran depan rumah. Memang kreatif. Terutamanya gula yang dihias dalam bentuk dua ekor arnab. Memang comel. Sume orang tanya apa kat dalam arnab tu. Dan satu lg kuih yg comel gitu.  Dalam pelbagai bentuk seperti lada, jagung. Kuih tu memang sedap. Agak-agak kawan2 pernah tgk tak kuih dibawah ni??

Nyum...Nyum..

Tapi sayang la, mase majlis kenduri tu tak sempat nak ambik gambar bnyak2 sbb busy je. lgpun xbwe kamera, gne handphone murah je..huhuhu.. Janji bleh ambik gambar walau gmbar tak brape nak cantik.kihkih.. Gambar pelamin pun cantik gak. Besar btl. Bertemakan warna gold, ceria btl..



Gambar pengantin lelaki pun tak smpat nak ambik..Fuhh. Dah ada adik ipar ye.tak caye rasenya.. Tak pe la,janji adikku bahagia. Moga pengantin baru ni akn kekal ke anak cucu n bahagia ke akhir hayat mereka..

Ini la dia pengantin barunya, adikku tersayang..
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT